Skip to main content

Sukan

Stadium Negara akan gunakan rumput hidup

Dalam satu perubahan keputusan, Stadium Negara kini akan menggunakan rumput hidup sepenuhnya. Sekarang ini ia menggunakan rumput kacukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Stadium Negara akan gunakan rumput hidup

GAMBAR FAIL: STADIUM NEGARA (TODAY)

Diterbitkan : 20 Dec 2014 09:15PM Dikemas Kini : 07 May 2015 01:43PM

Dalam satu perubahan keputusan, Stadium Negara kini akan menggunakan rumput hidup sepenuhnya.

Sekarang ini ia menggunakan rumput kacukan.

Hab Sukan menyatakan, ia akan mula menanam rumput hidup di sebuah tapak semaian.

Dan apabila rumput tersebut matang, ia akan dipindahkan ke Stadium Negara, dan dibentangkan di atas rumput kacukan sekarang.

Kaedah itu akan digunakan untuk temasya Sukan SEA pada Jun depan.

Tambahnya, kaedah membentang rumput seperti itu digunakan dengan jayanya di banyak stadium lain di serata dunia.

Ini termasuklah semasa Sukan Olimpik Sydney 2000 dan Sukan Komanwel 2006.

Hab Sukan juga mengumumkan, ia sudah memilih syarikat Eclipse dari Motz Group untuk memastikan, rumput hidup itu boleh digulung dan dipindahkan ke Stadium Negara untuk segera digunakan.

Sebelum ini, Stadium Negara menerima pelbagai kritikan dari dalam mahupun luar negara, setelah sebahagian padang kelihatan kontang dan berpasir.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita