Skip to main content

Sukan

Stadium kriket akan dibina untuk Sukan Olimpik LA 2028

Anggaran Waktu Membaca:
Stadium kriket akan dibina untuk Sukan Olimpik LA 2028

Pemandangan sekitar Los Angeles Memorial Coliseum. (Gambar: REUTERS/Daniel Cole)

Diterbitkan : 23 Apr 2026 03:44PM Dikemas Kini : 23 Apr 2026 03:47PM
LOS ANGELES: Kerja-kerja binaan bagi sebuah stadium kriket yang bakal digunakan bagi Sukan Olimpik Los Angeles 2028 sudah bermula, dengan sukan tersebut akan kembali dipertandingkan dalam Sukan Olimpik selepas 128 tahun, menurut Majlis Kriket Antarabangsa pada Rabu (22 Apr).

Tempat sementara di Fairgrounds di Pomona, California Selatan akan menganjurkan pertandingan yang bakal menampilkan enam pasukan masing-masing bagi acara lelaki dan wanita.

"Tumpuan kami adalah untuk mengembangkansukan kriket dan menjadikannya sebahagian daripada gerakan Sukan Olimpik dan sesuatu yang membawa kebanggaan dan impian bersamanya," kata Pengerusi ICC, Jay Shah dalam satu kenyataan.

Tempat tersebut juga akan menganjurkan tiga perlawanan Kriket Liga Utama (MLC) antara 1 hingga 5 Julai tahun ini, dedah ICC.
 
Sumber : Reuters/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita