Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Stadium ketiga Piala Dunia 2022 Qatar siap dibina

Qatar mengumumkan pada Khamis (4 Jun) bahawa stadium ketiga bagi Piala Dunia 2022 sudah siap dibina.

Anggaran Waktu Membaca:
Stadium ketiga Piala Dunia 2022 Qatar siap dibina

Stadium Education City dalam pembinaan pada Mei tahun lepas. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Jun 2020 11:49PM Dikemas Kini : 05 Jun 2020 11:52PM

DOHA: Qatar mengumumkan pada Khamis (4 Jun) bahawa stadium ketiga bagi Piala Dunia 2022 sudah siap dibina.

Stadium Education City pada awalnya dijadual menjadi tuan rumah bagi perlawanan separuh akhir Piala Dunia Kelab Bola Sepak pada 18 Disember lalu tetapi perasmiannya terpaksa ditangguhkan kerana lewat mendapat kelulusan.

"Jawatankuasa Agung Warisan Yayasan Qatar mengumumkan bahawa persiapan bagi stadium ketiga Piala Dunia FIFA 2022 di Education City sudah selesai," lapor Qatar News Agency.

Stadium yang diberi nama Education City disebabkan oleh lokasinya yang dikelilingi beberapa buah universiti dan kampus penyelidikan itu akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan-perlawanan sehingga ke peringkat suku akhir.

Selepas pertandingan berprestij itu selesai kelak, separuh daripada 40,000 tempat duduk di stadium berkenaan akan didermakan bagi membina stadium di negara-negara membangun.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan