S'pura tewaskan Jepun 3-2 di Kejohanan Pasukan Asia Badminton
Kemenangan di Shah Alam itu diraih selepas tewas 5-0 dengan tuan rumah, Malaysia, sehari sebelumnya.

Pemain badminton Singapura Loh Kean Yew. (Gambar fail: SNOC/Lim Weixiang)
SINGAPURA: Pasukan badminton lelaki Singapura menewaskan Jepun 3-2 dalam Kumpulan B bagi Kejohanan Pasukan Asia Badminton pada Khamis (17 Feb) untuk terus menaruh harapan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.
Kemenangan di Shah Alam itu diraih selepas tewas 5-0 dengan tuan rumah, Malaysia, sehari sebelumnya.
Singapura memulakan permainan dengan baik, apabila juara dunia Loh Kean Yew menewaskan Riku Hatano dari Jepun 21-16, 21-15 dalam 37 minit untuk mendahului perlawanan.
Bagaimanapun Jepun berjaya seri, dengan pasukan beregu Ayato Endo dan Yuta Takei menumpaskan Wesley Koh dan Andy Kwek 21-12, 19-21, 21-15.
Dalam perlawanan perseorangan kedua, Jason Teh mengalahkan Takahashi Koo 21-15, 13-21, 21-18 untuk membantu Singapura mendahului sekali lagi.
Danny Bawa Chrisnanta dan Terry Hee kemudian membawa kejayaan bagi Singapura dengan kemenangan 21-18, 18-21, 21-19 menentang Shuntaro Mezaki dan Haruya Nishida dalam masa 46 minit.
Dalam perlawanan perseorangan ketiga, Joel Koh tumpas 21-10, 21-17 kepada Koshiro Moriguchi.
Menyusuli keputusan itu, Singapura naik ke tangga kedua dalam kumpulan empat pasukan tersebut dan akan menentang Kazakhstan yang belum memenangi sebarang permainan pada Jumaat. Dua pasukan teratas dalam kumpulan itu akan memasuki peringkat separuh akhir.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.