S'pura terlepas gelaran juara bola jaring Asia, kalah kepada Sri Lanka 53-63
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/Netball Singapore
SINGAPURA: Singapura terlepas peluang menjuarai Kejohanan Bola Jaring Asia selepas kalah di tangan juara bertahan, Sri Lanka dalam pusingan akhir di OCBC Arena pada Ahad (11 Sep).
Sebagai pasukan tuan rumah, Singapura menampilkan aksi bertenaga dan terus memberi asakan sejak awal permainan dengan mendahului 30-27 pada separuh pertama.
Namun, pasukan Sri Lanka berjaya merampas kedudukan pada separuh kedua dan mendahului 11 mata sebelum menang 63-53.
Defisit 10 mata itu adalah satu pencapaian baik bagi Singapura selepas tumpas 49-67, pada pusingan kedua.
Pasukan Singapura juga sudah mendapat tempat untuk beraksi pada Piala Dunia Julai depan di Cape Town, Afrika Selatan, selepas mengatasi Malaysia pada separuh akhir pada Sabtu (10 Sep).

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.