Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura seri dengan Laos selepas gol penyamaan di Sukan SEA

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 May 2022 09:38PM Dikemas Kini : 09 May 2022 01:05PM

SINGAPURA: Harapan Singapura untuk menang dalam perlawanan pembukaan Sukan SEA menentang Laos kelihatan suram pada Sabtu (7 Mei). Namun mereka berjaya meraih markah seri.

Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Thien Truong Vietnam.

Jordan Emaviwe berjaya menjaringkan gol penyamaan. Pasukan Singa dan ketua jurulatih Nazri Nasir meraikan jaringan tersebut.

Laos berada di hadapan - dengan tendangan gol oleh Ekkamai Ratxachak dan Chony Wenpaserth - sebelum serangan daripada pemain gantian Singapura, Glenn Kweh pada minit ke-89. Jordan Emaviwe kemudian menyamakan kedudukan Singa Muda (Young Lions).

Ketua jurulatih Nazri bercakap dengan media selepas perlawanaan tersebut dan beliau memuji semangat juang pasukannya.

"Saya sangat seronok dan tidak dapat mengawal perasaan saya. Saya ingin meraikannya, saya ingin di sana dan itulah sebab mengapa saya turun ke padang...Saya sangat bangga dengan mereka," kata beliau.

"Saya memberitahu pemain supaya bermain sehingga wisel penamat, jangan berhenti...Mereka berjuang dan mereka tidak pernah berputus asa."

Nazri mengakui bahawa pasukannya lewat menyesuaikan diri sedang Laos mendahului perlawanan itu. Namun beliau menyatakan bahawa pasukan Singa Muda berjaya pulih daripada kesilapan itu dan bermain dengan cara yang beliau inginkan.

"Apabila kami kecewa, saya memberitahu pemain supaya jangan berputus asa dan ubah cara permainan kami," jelas beliau.

Pasukan Lions berada dalam kumpulan B bersama dengan Laos, Kemboja, Thailand dan Malaysia.

Pasukan Singa Muda tidak pernah lanjut ke pusingan separuh akhir sejak sukan SEA 2013.

Anda boleh saksikan Sukan SEA ke-13 Vietnam secara langsung di meWATCH dengan melungsuri lelaman www.mewatch.sg/seagames

Anda juga boleh menyaksikan sorotan di Mediacorp Entertainment di YouTube.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan