Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura, M'sia, Vietnam berentap dalam kumpulan sama Piala Mitsubishi Electric AFF

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura ditempatkan dalam Kumpulan B Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Piala Mitsubishi Electric 2022 dan bakal menentang pasukan dari Laos, Malaysia, Myanmar dan Vietnam.

Acara undian bagi perlawanan serantau itu, yang dulunya dikenali sebagai Piala Suzuki AFF diadakan di Bangkok, Thailand pada Selasa (30 Ogos).

Juara bertahan Thailand ditempatkan dalam Kumpulan A, bersama pasukan dari Kemboja, Indonesia, Filipina dan pemenang pusingan kelayakan antara Brunei dan Timor-Leste pada November.

Menurut penganjur, pertandingan tahun ini berlangsung dari 20 Disember hingga 16 Januari 2023, di 10 bandar seluruh Asia Tenggara seperti sebelumnya semasa kejohanan 2018.

Setiap pasukan bakal berentap dalam empat perlawanan pada peringkat kumpulan - dua di padang sendiri dan dua lagi di negara lawan - dengan dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan mara ke pusingan separuh akhir.

Dalam edisi terakhir yang diadakan di Singapura dari 5 Dis 2021 hingga 1 Jan 2022, Thailand meraih kejuaraan keenamnya selepas menang dengan agregat 6-2 ke atas Indonesia.

Pasukan Singa sudah empat kali menjulang piala, dengan gelaran terakhir diraih sedekad lalu.

Mitsubishi Electric menjadi penaja utama pertandingan pada Mei.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan