Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura 'komited' anjur acara sukan meski gagal dalam bidaan Kejohanan Olahraga Sedunia 2025

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura 'komited' anjur acara sukan meski gagal dalam bidaan Kejohanan Olahraga Sedunia 2025

Gambar Hab Sukan Singapura.

Diterbitkan : 15 Jul 2022 03:24PM Dikemas Kini : 15 Jul 2022 03:34PM
SINGAPURA: Singapura kekal 'komited' untuk membawa acara sukan antarabangsa ke negara ini meskipun gagal dalam bidaan untuk menganjurkan Kejohanan Olahraga Sedunia 2025, menurut jurucakap Sport Singapore (SportSG) hari ini (15 Jul).

Semasa menjawab soalan Mediacorp, jurucakap SportSG mengatakan bahawa Singapura akan meneruskan acara sukan yang sejajar dengan "kepentingan strategiknya".

World Athletics mengumumkan pada Khamis (14 Jul) bahawa Tokyo dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Olahraga Sedunia 2025, menewaskan bidaan pesaing dari Singapura, Nairobi dan Silesia.

Acara tersebut akan diadakan di tapak Sukan Olimpik tahun lalu di mana Persatuan Persekutuan Olahraga Jepun (JAAF) menyambut ulang tahun ke-100.

"Singapura mengucapkan tahniah kepada Tokyo yang dipilih menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Olahraga Sedunia 2025.

"Walaupun keputusan bukan yang dijangkakan, Singapura percaya bahawa proses bidaan ini sudah mengkukuhkan hubungan dengan World Athletics dan menyerlahkan potensi bagi acara olahraga di Asia Tenggara, menurut jurucakap SportSG.

"Kami akan kekal komited untuk membawa acara sukan antarabangsa ke Singapura dan akan meneruskan acara sukan yang sejajar dengan kepentingan strategik kami.

"Kami berterima kasih kepada World Athletics atas peluang untuk mengambil bahagian dalam bidaan ini dan mengharapkan yang terbaik buat Kejohanan Olahraga Sedunia Oregon22 dan seterusnya."
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan