Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura hantar 16 pemain bola sepak ke Piala Bersatu Sukan Olimpik Istimewa di Detroit

Singapura mengumumkan  senarai nama 16 pemain dalam pasukan bola sepak yang akan mewakili negara ke Piala Bersatu Sukan Olimpik Istimewa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jul 2022 07:04PM Dikemas Kini : 16 Jul 2022 09:39PM

SINGAPURA: Singapura mengumumkan  senarai nama 16 pemain dalam pasukan bola sepak yang akan mewakili negara ke Piala Bersatu Sukan Olimpik Istimewa.

Pertandingan itu berlangsung di Detroit, Amerika Syarikat mulai 31 Julai ini.

Pasukan 16 orang itu terdiri daripada pemain biasa dan atlit kurang upaya intelektual yang telah berlatih bersama sejak Januari. 

Mereka akan disertai lima pegawai termasuk dua jurulatih dan dua ahli fisioterapi.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong menyerahkan bendera negara kepada pasukan itu pada Sabtu (16 Jul) di Hab Sukan yang turut disaksikan anggota keluarga dan penyokong mereka.

Pertandingan itu berlangsung selama seminggu dan disertai lebih 300 pemain dari 20 negara demi menggalak sikap inklusif dalam bidang sukan.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan