Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura gondol emas regu wanita tenis meja Sukan Komanwel

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Feng Tianwei dan Zeng Jian memenangi pingat emas tenis meja yang ketiga untuk Singapura di Sukan Komanwel di Birmingham pada Isnin (8 Ogos) dalam peringkat akhir acara regu wanita.
 
Pasangan regu Singapura itu memulakan permainan dengan hebat dan menang 11-1 sebelum memenangi 11-8 dalam set kedua perlawanan.

Mereka kemudian dengan pantas mendahului perlawanan itu dalam set ketiga dan menang 11-8.

Keputusan itu bermakna bahawa Feng sudah merangkul ketiga-tiga emas tenis meja Singapura di Birmingham, sekali gus menambah kemenangan regu beliau kepada pingat emas yang diraih dalam acara perseorangan dan berpasukan.
Anda boleh ikuti acara-acara Sukan Komanwel secara langsung di meWATCH atau ringkasannya di saluran Mediacorp Entertainment di YouTube.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan