Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura azam rebut lebih 7 pingat emas dalam Kejohanan Pencak Silat SEA Jumaat ini

Hampir 100 pesilat dari lima negara bakal berentap di Singapura dalam Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara Ke-8 yang berlangsung selama tiga hari mulai Jumaat ini (25 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Hampir 100 pesilat dari lima negara bakal berentap di Singapura dalam Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara Ke-8 yang berlangsung selama tiga hari mulai Jumaat ini (25 Feb).

Kejohanan anjuran Persatuan Silat Singapura (PERSISI) itu juga merupakan pertandingan silat antarabangsa pertama diadakan di Singapura sejak pandemik COVID-19 melanda dua tahun lalu.

Kali terakhir Singapura menganjurkan kejohanan silat antarabangsa adalah pada 2018 semasa negara ini menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Pencak Silat Sedunia ke-18.

S'PURA TAMPIL 30 PESILAT, SASAR LEBIH 7 PINGAT EMAS

 

Dalam satu sidang media hari ini (23 Feb), Persisi menyatakan kontinjen Singapura menampilkan 30 atlit dalam kejohanan itu, sementara 66 pesilat lain terdiri dari peserta Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.

persisi media conference

Persisi memberi jaminan, kejohanan di Arena OCBC itu nanti akan dijalankan di bawah protokol keselamatan COVID-19 dan ia tidak dibuka kepada tontonan umum.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persisi, Sheik Alau'ddin Yacoob Marican berkata: "Kejohanan ini mengikut jadual perjalanan terkawal. Kita tidak boleh berjalan sesuka hati. Jadi pasukan-pasukan yang ada di Singapura sekarang ini yang akan bersaing, mereka harus duduk di hotel, hotel ke tempat latihan, tempat latihan ke hotel, hotel ke kejuaraan di tempat pertandingan."

Menurut Persisi, kejohanan ini juga bakal dijadikan kayu ukur untuk menilai dan memilih 22 pesilat negara akan mewakili Singapura di Sukan SEA Hanoi nanti.

"Sebenarnya kita akan melihat kemampuan, prestasti para atlit kita untuk ke Kejohanan Sukan SEA akan datang di Hanoi pada Mei dan Kejuaraan Dunia pada bulan Julai di Malaysia.

"Jurulatih akan lihat dan pulang untuk lihat bagaimana untuk memastikan mereka siap untuk Sukan SEA nanti," kata Sheik Alauddin.

Ditanya, apa sasaran pingat bagi pasukan Singapura dalam kejohanan kali ini, ini jawapan CEO Persisi itu:

"Apa yang kita dapat pada (Kejohanan Dunia) 2018 yang mana kita dapat 7 emas, saya mengharapkan kali ini kita akan dapat lebih daripada 7 emas."

Antara yang bakal masuk gelanggang ialah juara silat dunia tiga kali, Sheik Farhan Sheik Alau'ddin, 25 tahun.

Sheik Farhan Sheik Alau'ddin pesilat

"Saya rasa kita semua bangga dapat bertanding. Sudah dua tahun kita terakhir sekali bertanding di China untuk Sukan Asia. Dan sekarang kita bertanding dalam Kejohanan SEA sebelum Sukan SEA.

"Jadi sudah lama kita mempersiapkan diri selama dua tahun dan kita gembira boleh tonjolkan kemahiran kita," ujar Farhan.

Beliau tidak menyembunyikan harapan untuk memenangi pingat emas dalam kejohanan itu.

Sebanyak 25 pingat emas dipertaruhkan dalam Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara Ke-8 nanti.

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan