Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura akan hantar 330 atlit ke Sukan SEA di Hanoi

Singapura dijangka menghantar 330 atlit ke temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vietnam tahun ini, dengan bekas atlit taekwondo S Sinnathurai dilantik sebagai chef de mission.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura akan hantar 330 atlit ke Sukan SEA di Hanoi

Team Singapore di acara penutup Sukan SEA 2019. (Gambar: SportSG)

SINGAPURA: Singapura dijangka menghantar 330 atlit ke temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vietnam tahun ini, dengan bekas atlit taekwondo S Sinnathurai dilantik sebagai chef de mission.

Temasya Sukan SEA ke-31 di Hanoi itu berlangsung dari 12 hingga 23 Mei, dengan 40 acara sukan menawarkan 526 pertandingan.

Ia pada awalnya dijadual diadakan pada 2021 namun ditunda selepas bilangan kes COVID-19 di Vietnam melonjak.

Jawatankuasa pemilihan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) mengadakan mesyuarat pada Rabu (16 Feb) untuk mempertimbangkan pencalonan atlit oleh persatuan-persatuan sukan kebangsaan, menurutnya dalam satu kenyataan media.

"Dalam mesyuarat yang dipengerusikan Presiden SNOC Encik Tan Chuan-Jin, jawatankuasa memilih atlit-atlit yang akan mewakili Singapura di Sukan SEA," menurut kenyataan itu.

"Alit yang belum lagi memenuhi kriteria kelayakan diberi masa sehingga awal Mac untuk memenuhi kriteria kelayakan untuk dipertimbangkan jawatankuasa rayuan."

Bekas atlit taekwondo dan jaguh Sukan SEA S Sinnathurai, 50 tahun, akan mengetuai pasukan Singapura selaku chef de mission, dengan dbantu bekas pelari pecut negara Asmah Hanim, 37 tahun, dan bekas penembak negara Damien Ler, 42 tahun.

"Kedua-dua Asmah dan Damien sebelum ini pernah menggalas tugas sebagai pengurus pasukan di temasya Sukan utama dan menjawat peranan pentadbiran sukan prestasi tinggi di persatuan-persatuan sukan kebangsaan," menurut SNOC sambil menambah ini merupakan kali pertama ketiga-tiganya menjadi chef de mission.

(Gambar: SNOC)(Gambar: SNOC)

Encik Sinnathurai berkata: "Saya berharap atlit yang akan beraksi di Sukan SEA akan meraih pengalaman yang bermakna di Hanoi dan mengambil peluang ini untuk melakukan yang terbaik sebagai duta Singapura."

Cik Asmah yang berkhidmat sebagai pengurus pasukan atletik di Sukan Asian 2014 dan Olimpik Belia, berkata beliau berharap pengalamannya sebagai seorang jurulatih, atlit dan pendidik akan "bantu menambah nilai kepada pasukan dan menyumbang kepada kempen Sukan SEA yang positif di Hanoi".

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan