Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

SportSG mohon maaf, silap umumkan Wartawan Sukan Terbaik

Agensi sukan nasional Sport Singapore (SportSG) pada Khamis (16 Mei) memohon maaf atas kesilapan yang menyebabkan orang lain  tersilap menerima Anugerah Wartawan Sukan Terbaik tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
SportSG mohon maaf, silap umumkan Wartawan Sukan Terbaik

Dilenjit Singh (ketiga dari kiri) tersilap menerima Anugerah Wartawan Sukan Terbaik pada 14 Mei 2019. (Gambar: SNOC/SportSG)

Diterbitkan : 17 May 2019 12:19PM Dikemas Kini : 17 May 2019 12:22PM

SINGAPURA: Agensi sukan nasional Sport Singapore (SportSG) pada Khamis (16 Mei) memohon maaf atas kesilapan yang menyebabkan orang lain tersilap menerima Anugerah Wartawan Sukan Terbaik tahun ini.

Encik Dilenjit Singh dari akhbar New Paper diumumkan sebagai pemenang semasa upacara penyampaian anugerah pada Selasa.

Namun, pemenang sebenarnya ialah wartawan Straits Times Sazali Abdul Aziz, menurut SportSG dalam kenyataan media pada Khamis.

Para wakil panel penilaian memaklumkan SportSG mengenai kesilapan itu sehari selepas acara tersebut.

"Menyusuli siasatan, SportSG mengesahkan bahawa artikel-artikel yang terpilih dipadankan dengan wartawan yang salah. Ini merupakan kesilapan pentadbiran yang dilakukan seorang kakitangan SportSG," menurut agensi itu.

Ia menambah kesilapan itu tiada kaitan sama sekali dengan juruaudit bagi upacara itu, KPMG.

"Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada Dilenjit dan Sazali atas kesilapan itu. Kami mengucapkan tahniah kepada Sazali atas kemenangannya yang memang wajar," kata Encik S Parameswaran, timbalan pengarah perhubungan awam SportSG.

Anugerah Wartawan Sukan Terbaik mengiktiraf sumbangan seseorang wartawan kepada arena sukan tempatan. Ia diberikan sebagai sebahagian daripada Anugerah Sukan Singapura.

Dianjurkan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) dan SportSG, acara penyampaian Anugerah Sukan Singapura tahun ini diadakan di Orchard Hotel.

Perenang Joseph Schooling dan penembak Martina Veloso masing-masing dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Terbaik tahun ini.

Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan