Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

SportSG, Dow ubah 300,000 kasut sukan lama jadi balapan lari-lari anak, taman permainan

Tidak lama lagi anda mungkin dapat berlari-lari anak di atas permukaan yang diperbuat daripada kasut-kasut sukan lama anda.

Anggaran Waktu Membaca:
SportSG, Dow ubah 300,000 kasut sukan lama jadi balapan lari-lari anak, taman permainan

(Gambar: Pexels)

Diterbitkan : 26 Sep 2020 08:57AM Dikemas Kini : 26 Sep 2020 08:59AM

SINGAPURA: Tidak lama lagi anda mungkin dapat berlari-lari anak di atas permukaan yang diperbuat daripada kasut-kasut sukan lama anda.

Syarikat sains bahan Dow dan agensi sukan kebangsaan Sport Singapore (SportSG) mengumumkan pada Jumaat (25 Sep) rancangan untuk mengitar semula 300,000 pasang kasut sukan yang terpakai dengan menggunakan bahan-bahan itu untuk membina balapan lari-lari anak, pusat senaman dan taman permainan.

Projek yang diberi nama "Others see an old shoe. We see the future" atau "Orang lain melihat sepasang kasut lama. Kami melihat masa hadapan" akan dilancarkan pada Sabtu (26 Sep), sempena Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia dan akan diadakan sepanjang tiga tahun mendatang.

Dow dan SportSG mendakwa ia adalah usaha "pertama seumpamanya" di Asia Pasifik.

Orang awam boleh mendermakan kasut-kasut sukan lama mereka di mana-mana 30 pusat pengumpulan di merata Singapura, termasuk di pusat-pusat sukan ActiveSG dan stadium yang menyertai projek itu, cawangan Decathlon, cawangan JD Sports dan lebih daripada 30 buah sekolah.

Tempoh pengumpulan akan berakhir pada 30 Nov.

Bahagian tapak dan lapisan tengah tapak kasut yang diperbuat daripada getah akan dibancuh untuk menjadi biji-biji getah yang akan digunakan sebagai bahan untuk membina kemudahan sukan, menggantikan sebahagian tayar-tayar yang dikitar semula.

Biji-biji getah itu akan dipadatkan menggunakan teknologi penggabung bebas pelarut dan berasaskan air, mewujudkan sebuah "infrastuktur sukan yang lebih mesra alam dan selamat", menurut Dow dan SportSG dalam satu kenyataan media.

Bahan-bahan yang dibuat menggunakan teknologi ini diuji di Hab Bola Sepak Kallang yang baru pada awal tahun ini, dengan kawasan seluas 200 meter persegi balapan lari-lari anak itu diperbuat daripada kasut-kasut sukan yang dikitar semula.

Ketua Pegawai Eksekutif SportSG Lim Teck Yin berkata: "Projek ini menunjukkan bagaimana kami semua boleh memainkan peranan yang bermakna dalam huraian dunia sebenar yang dapat dilaksanakan yang memperjuangkan kemampanan dalam bidang usaha kami."

Presiden Jow bagi Asia Pasifik Jon Penrice berkata: "Sedang kami beralih daripada sebuah masyarakat buat-guna-buang ke sebuah masyarakat yang mana pengitaran semula menjadi semakin relevan hari ini, menjalin kerjasama dengan rakan-rakan kongsi meliputi seluruh rantaian nilai seperti Sport Singapore dan masyarakat adalah penting.

"Kami semua mempunyai peranan jika kami mahu hasil lebih baik untuk alam sekitar."

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan