Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sport Singapore buka tender ubah 'Kallang Field' jadi hab bola sepak

Sport Singapore membuka tender dalam tempoh dua minggu akan datang untuk mengubah Lapangan Kallang atau 'Kallang Field' menjadi hab bola sepak.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 May 2018 09:31PM Dikemas Kini : 31 May 2018 09:39PM

SINGAPURA: Sport Singapore membuka tender dalam tempoh dua minggu akan datang untuk mengubah Lapangan Kallang atau 'Kallang Field' menjadi hab bola sepak.

Ketua Pegawai Eksekutif agensi itu, Lim Teck Yin membuat pengumuman itu di Hab Sukan Singapura petang tadi (31 Mei).

Kallang Field seluas 5.2 hektar atau tujuh saiz padang bola sepak.

SportSG menyasarkan hab bola sepak yang dirancangkan itu siap pada suku ketiga tahun depan.

Ia akan menjadi tempat latihan untuk pasukan-pasukan bola sepak nasional Singapura, merentasi semua kumpulan usia.

Encik Lim berkata demikian semasa mengumumkan Pesta Bola Sepak Hab Sukan Singapura yang pertama.

Acara itu akan berlangsung dari 14 Jun hingga 30 Julai di OCBC Square.

Kegiatan-kegiatannya termasuk tayangan secara langsung kebanyakan perlawanan Piala Dunia bulan depan di Rusia, perlawanan bola sepak mini dan pesta hujung minggu.

Masuk adalah percuma.  

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan