Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Soh Rui Yong minta maaf kepada SNOC setelah tidak dipilih bagi Sukan SEA di Hanoi

Pelari maraton negara Soh Rui Yong meminta maaf kepada Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) pada Selasa (22 Feb) selepas dia tidak dipilih mewakili Singapura dalam Sukan SEA di Hanoi.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pelari maraton negara Soh Rui Yong meminta maaf kepada Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) pada Selasa (22 Feb) selepas dia tidak dipilih mewakili Singapura dalam Sukan SEA di Hanoi.

SNOC menyatakan pada minggu lalu bahawa Soh tidak dipilih kerana kelakukan dan tingkah lakunya "masih tidak memenuhi" piawai yang ditetapkan bagi atlit.

Dalam satu catatan Facebook pada Selasa, Soh berkata dia memutuskan untuk meminta maaf supaya "kita dapat menghuraikan perbezaan" dan bergerak ke hadapan demi "kepentingan sukan Singapura".

"Saya maklum sepenuhnya bahawa atlit yang mewakili Singapura harus melakukan yang terbaik untuk menjadi peran contoh bagi golongan belia kita," tulis Soh.

"Menurut pandangan saya, ini termasuk memperjuangkan perkara yang benar, tidak kira apa akibatnya.

"Namun, saya maklum bahawa saya seharusnya mengambil pendekatan berbeza dalam menyelesaikan pertikaian sebelum ini.

"Saya sepatutnya mengambil pendekatan secara lebih menghormati dan peka. Untuk itu saya mohon maaf dan akan lakukan lebih baik."

Menurutnya dia menulis catatan Facebook itu "bukan untuk merayu bagi peluang mewakili Singapura dalam sukan SEA", sambil menambah bahawa dia sudah mencapai impiannya untuk memenangi acara larian maraton di temasya Sukan SEA ketika mewakili Singapura.

Ini merupakan Sukan SEA yang kedua berturut-turut di mana jaguh maraton dua kali itu tidak dipilih, selepas temasya 2019 di Filipina.

Soh tidak dipilih untuk beraksi dalam kedua-dua temasya sukan SEA meskipun memenuhi masa kelayakan.

Soh merangkul pingat emas di temasya Sukan SEA 2015 dan 2017.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, SNOC menyatakan: "Kami dimaklumkan tentang catatan Soh dan permohonan maaf kepada SNOC melalui laman Facebooknya.

"Kami berharap dia dapat mencapai apa yang diinginkan dan kami ucapkan selamat maju jaya kepadanya dalam apa yang ingin dikecapi di masa hadapan."

Singapura dijangka menghantar 330 atlit ke sukan SEA akan datang di Hanoi yang akan berlangsung pdari 12 Mei hingga 23 Mei, dengan 526 acara dipertandingkan dalam 40 sukan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan