Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

SNOC lantik jawatankuasa sementara pilih atlit taekwondo

Sebuah jawatankuasa sementara dilantik untuk menguruskan pemilihan para atlit taekwondo., selepas Persekutuan Taekwondo Singapura (STF) digantung oleh badan pentadbir antarabangsa sukan itu World Taekwondo dan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).

Anggaran Waktu Membaca:
SNOC lantik jawatankuasa sementara pilih atlit taekwondo

Logo STF (Gambar: Facebook/STF)

Diterbitkan : 20 May 2019 12:50PM Dikemas Kini : 20 May 2019 12:54PM

SINGAPURA: Sebuah jawatankuasa sementara dilantik untuk menguruskan pemilihan para atlit taekwondo.

Ini selepas Persekutuan Taekwondo Singapura (STF) digantung oleh badan pentadbir antarabangsa sukan itu World Taekwondo dan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).

STF mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa semalam di mana undian para anggotanya menyokong saranan-saranan yang dibentangkan dalam agenda mesyuarat tersebut.

Antara saranan yang dikemukakan termasuk membenarkan SNOC melantik sebuah jawatankuasa sementara untuk menyelia pengurusan STF.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad (19 Mei), SNOC menyatakan bahawa jawatankuasa sementara itu akan diterajui oleh Dr Tan Eng Liang.

Dr Tan adalah naib presiden SNOC yang juga mantan pengerusi Majlis Sukan Singapura.

Menurut kenyataan itu lagi, jawatankuasa tersebut akan mula bertugas untuk menangani dan memperbetulkan antara lain, isu-isu tadbir urus, pemilihan atlit dan pengurusan prestasi tinggi yang dibangkitkan oleh WT dan SNOC.

Sumber : CNA/AY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan