Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Skuad renang tutup kempen Sukan SEA Hanoi dengan 21 emas

Anggaran Waktu Membaca:

HANOI: Impian yang kini menjadi nyata.

Demikian digambarkan Teong Tzen Wei pada Khamis (19 Mei), apabila dia muncul sebagai perenang lelaki terpantas acara 50 meter gaya bebas.

Teong mencatat masa 21.93  saat, sekali gus menjadikannya  perenang pertama Asia Tenggara mencatat masa bawah 22 saat bagi acara itu.

Berdasarkan kedudukan badan induk renang FINA, masa yang dicatatkan Teong adalah yang kedua terpantas oleh perenang Asia tahun ini.

Rekod itu juga yang kedua dicatatkan Teong dalam temasya kali ini selepas memecahkan masa yang dicatatkan Joseph Schooling dalam acara gaya kupu-kupu 50 meter pada awal minggu ini.

Perenang Singapura, termasuk Teong, menambah empat pingat emas pada hari terakhir pertandingan di Pusat Akuatik My Dinh untuk menjadikan jumlah keseluruhan kutipan pingat dari pasukan renang Singapura pada Sukan SEA ke-31 kepada 21 emas, 11 perak dan 12 gangsa.

Jumlah itu hanya kurang dua pingat emas berbanding 23 yang dicatatkan pada Sukan 2019 dan 2015.

Letitia Sim pula menang pingat emas keduanya dalam Sukan SEA kali ini menerusi acara 100 meter kuak dada. Rakan senegara Christie Chue meraih gangsa bagi acara yang sama.

Dua lagi pingat emas Singapura diraih dalam acara 100 meter gaya kupu-kupu wanita dan 4 kali 200 meter gaya bebas wanita.

Ini merupakan kali ketujuh dalam Sukan SEA, pasukan wanita Singapura menang acara 4 kali 200 meter gaya bebas.

Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan