Skip to main content

Sukan

Skuad bola sepak SG bagi Sukan SEA ke-32 dimuktamadkan

Anggaran Waktu Membaca:
Skuad bola sepak SG bagi Sukan SEA ke-32 dimuktamadkan

Gambar: Facebook/Football Association of Singapore

SINGAPURA: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Rabu (26 Apr) mengumumkan senarai muktamad pemain yang bakal beraksi di Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-32 yang bakal berlangsung di Kemboja.

Temasya di Kemboja itu akan berlangsung dari 5 hingga 17 Mei.

Ketua jurulatih pasukan lelaki bawah 22 tahun, Philippe Aw sebelum ini mengumumkan barisan sementara yang terdiri daripada 25 pemain bagi temasya tersebut. Pemain-pemain yang dipilih adalah daripada kumpulan usia ini seperti yang ditetapkan oleh tuan rumah.

Kesemua 25 pemain telah menjalani latihan pusat sejak 17 April. Antara mereka yang tidak terpilih adalah Umayr Sujuandy, Raoul Suhaimi, Amir Syafiz, Iman Hakim dan Ong Yu En.

Senarai pemain yang dimuktamadkan itu akan membariskan para pemain seperti Jordan Emaviwe, kapten pasukan Harhys Stewart, penyerang Lion City Sailors Abdul Rasaq, yang menjaringkan lima gol dalam lapan perlawanan Liga Perdana Singapura, menurut FAS.

Kapten Harhys berkongsi bahawa ia adalah satu penghormatan untuk menyarung jersi pasukan negara dan mewakili Singapura. Beliau menambah, pasukan Singa "menyedari apa yang dipertaruhkan".

"Senarai 20 pemain yang dipilih itu dimuktamadkan kerana mereka telah mempamerkan komitmen, tekad dan disiplin yang tinggi sepanjang latihan pusat itu.

"Yang paling penting, mereka dipilih berdasarkan taktik dan corak permainan kami," ujar ketua jurulatih Aw.

Menurut Aw, beliau yakin pasukan bimbingannya akan memberikan persaingan sengit kepada pasukan-pasukan lawan.

Singapura disenaraikan dalam Kumpulan B bersama dengan Laos, Malaysia, Thailand dan Vietnam.
Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-32 di Kemboja secara langsung melalui Saluran 5, meWatch atau sorotannya di saluran YouTube.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita