Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sistem prestasi tinggi S'pura bagi atlit ambil kira Perkhidmatan Negara: Ketua SSI

Sistem prestasi tinggi Singapura mengambil kita "peringkat kehidupan" seseorang atlit, termasuk Perkhidmatan Negara (NS).

Anggaran Waktu Membaca:
Sistem prestasi tinggi S'pura bagi atlit ambil kira Perkhidmatan Negara: Ketua SSI

Joseph Schooling bertanding dalam pusingan saringan gaya kupu-kupu 100 meter pada 16 Mei 2022. (Gambar: Andy Chua/SportSG)

HANOI: Sistem prestasi tinggi Singapura mengambil kita "peringkat kehidupan" seseorang atlit, termasuk Perkhidmatan Negara (NS), menurut ketua Institut Sukan Singapura (SSI) Dr Su Chun Wei pada Ahad (22 Mei).

Bercakap di sidang media penutup tirai bagi Sukan SEA ke-31, Dr Su yang memuji prestasi atlit Singapura, juga menjawab soalan tentang komen Joseph Schooling mengenai NS.

Pada Rabu, juara Olimpik 2016 itu berkata adalah penting untuk membincangkan dan menangani jangkaan yang diletakkan pada atlit yang sedang menjalani NS.

"Sudah tiba masanya kita adakan acara seakan dialog nasional, duduk bersama dan bincangkan jangkaan yang dihadapi atlit sedang mereka menjalani NS," kata Schooling.

"NS adalah sesuatu yang perlu dilakukan semua individu.Tidak seorang pun daripada kami mengelaknya. Tetapi kita juga perlu menangani jangkaan dan realiti keadaan itu."

Dr Su berkata pada Ahad: "Sistem prestasi tinggi Singapura mengambil kira peringkat kehidupan atlit Team Singapore - tentu sekali NS adalah salah satunya.

"Kami mengambil kira NS dan benar-benar mahu menyokong dengan NS disepadukan dalam pelan latihan dan sokongan.

"Jadi kami mahu memberi mereka peluang terbaik untuk mencapai kecemerlangan dalam apa jua keadaan.

"Lebih penting lagi, atlit Team Singapore itu sendiri mempamerkan sifat daya tahan, tekad dan tidak mudah berputus asa serta keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

"Kita harus memberi tumpuan kepada ciri khas ini dan memanfaatkannya sebagai satu kelebihan bagi kita."

Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan