Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Singapura tumpaskan Filipina 2-0 dalam Siri Tiga Negara FAS

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura tumpaskan Filipina 2-0 dalam Siri Tiga Negara FAS

Gambar: Facebook/ Football Association of Singapore

SINGAPURA: Pasukan Singapura mengalahkan Filipina 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Negara Selasa malam (29 Mac).

Kemenangan itu adalah yang kedua berturut-turut bagi pasukan Singa setelah mengalahkan Harimau Malaya hujung minggu lalu.

Safuwan Baharudin membuka jaringan pada minit ke-10 manakala gol kedua Singapura dijaringkan Shawal Anuar pada minit 89.

Perlawanan persahabatan tiga negara itu anjuran Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Anda boleh ikuti siaran langsung dan video atas permintaan, perlawanan Siri Tiga Negara FAS 2022 secara percuma di mewatch.sg/channels/LIVE-5-98202 dan Mediacorp Entertainment on YouTube.

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan