Skip to main content

Sukan

Singapura mampu jadi tuan rumah acara sukan bertaraf dunia: Presiden IOC Thomas Bach

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: "Tidak syak lagi" Singapura mampu menganjurkan acara sukan utama, kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach pada Khamis (28 Apr).

Encik Bach, yang berada di Singapura bagi lawatan sehari, berkata demikian kepada wartawan semasa makan tengah hari dengan kumpulan sukan Singapura di Swissotel.

Acara itu turut dihadiri Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) Tan Chuan-Jin dan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong.

Ketika ditanya pendangannya mengenai tawaran Singapura untuk menganjurkan Kejohanan Atletik Dunia 2025 baru-baru ini, Encik Bach enggan mengulas.

"Saya fikir tidak ragu-ragu lagi bahawa Singapura boleh menganjurkan acara kelas dunia tetapi anda harus maklum bahawa saya tidak boleh mengulas mengenai pencalonan tertentu bagi satu-satu acara tertentu," katanya.

"Tidak dapat disangkal bahawa seluruh dunia tahu mutu Singapura sebagai penganjur."

Sport Singapore (SportSG) mengumumkan pada Mac bahawa Singapura sedang membuat tawaran untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Atletik Dunia pada 2025. Singapura sebelum ini pernah menjadi tuan rumah pertama Sukan Olimpik Belia pada 2010, Sukan Asia Tenggara pada 2015 dan kini menjadi tuan rumah Grand Prix Formula 1.

Apabila ditanya sama ada sebuah negara Asia Tenggara seperti Singapura boleh menjadi tuan rumah Sukan Olimpik suatu hari nanti, Encik Bach berkata ya.

"Kami sangat terbuka dalam IOC. Kami telah merombak prosedur pencalonan. Kami juga merombak penganjuran Sukan tersebut, menjadikannya a lebih mampan, lebih fleksibel berbanding sebelum ini," katanya.

"Jadi pintu peluang terbuka tetapi anda hanya boleh menganjurkan acara termasuk Sukan Olimpik jika anda berminat dan menunjukkan minat ini."

Encik Bach berkata budaya sukan di Singapura "sangat dinamik" dan sesuatu yang membuat kemajuan "sepanjang masa".

Awal dari itu,pada sebelah petang, Encik Bach juga mendedahkan bahawa Singapura sedang bersaing untuk menjadi tuan rumah bagi Festival Sukan Maya Olimpik yang pertama tahun depan.

"Kami amat berbesar hati untuk mengadakan Pesta Sukan Maya Olimpik yang julung kali diadakan di sini di Singapura," katanya.

Sumber : CNA/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita