Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Singapura gondol 11 emas di Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura gondol 11 emas di Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara 2022

(Gambar: Persekutuan Silat Singapura)

Diterbitkan : 28 Feb 2022 12:00AM Dikemas Kini : 28 Feb 2022 12:06AM

SINGAPURA: Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara ke-8 menutup tirai pada Ahad (27 Feb) dengan pasukan Singapura mengutip 11 pingat emas, sembilan perak dan lima gangsa sepanjang tiga hari temasya di OCBC Arena.

Pesilat negara Muhammad Iqbal Abdul Rahman menyumbang emas pertama dalam pertandingan hari terakhir ini menerusi acara seni tunggal putera senior dengan mengumpul 9.93 mata, mengalahkan pesilat Indonesia Asep Yuldan Sani.

"Saya sangat gembira meraih kemenangan ini. Saya tidak meletakkan sebarang jangkaan, saya hanya lakukan yang terbaik untuk memperbaiki prestasi daripada sebelumnya", katanya.

Rakan sepasukan, Muhammad Syahiran Jeffry pula menang tipis ke atas pesilat Indonesia Hendra Wakhyu Hidayat 21-20 dalam acara tanding putera I (85-90 kilogram) senior yang mendebarkan.

"Semua orang menyokong saya hingga ke akhir perlawanan dan saya menunjukkan kepada mereka yang saya berada di sini untuk menang. Suasananya sungguh luar biasa,"kata remaja berusia 19 tahun itu.

Turut menyumbang emas malam tadi ialah Nadhrah Sahrin dan Sheik Farhan Sheik Alau’ddin yang muncul juara dalam acara masing-masing.

Nadhrah, 17 tahun,mempamerkan persembahan penuh bertenaga menumpaskan Nor Farah Mazlan dari Malaysia 21-10 dalam final acara tanding puteri A (45-50 kilogram) senior. Farhan, 24 tahun, pula dinobat juara acara tanding putera J (90-95 kilogram) senior selepas mengalahkan pesilat Vietnam Nguyen Van Tri, 20-17.

"Enam saat terakhir yang paling mencabar. Saya dapat rasakan debaran daripada penonton tetapi saya tidak bimbang, malah saya rasa tenang," kata pesilat terbaik kejohanan kali ini.

Atlit dari lima negara - Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam bersaing dalam kejohanan kali ini yang berlangsung selama tiga hari dari 25 Feb.

(Gambar: Persekutuan Silat Singapura)
(Gambar: Persekutuan Silat Singapura)
(Gambar: Persekutuan Silat Singapura)
Sumber : BERITA Mediacorp/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan