Singapore Airlines lanjutkan tajaan bagi F1 Grand Prix Singapura untuk lagi 4 tahun
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Vincent Thian/AP
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) pada Khamis (16 Jan) melanjutkan penajaannya bagi perlumbaan Formula 1 Grand Prix Singapura untuk empat tahun lagi, sekali gus meneruskan kerjasamanya itu sehingga edisi perlumbaan tersebut pada 2028.
SIA memeterai perjanjian untuk menjadi penaja acara perlumbaan itu sejak 2014, sebelum melanjutkannya pada 2018, 2020 dan 2022.
Perlumbaan itu sebelum ini ditaja oleh Singtel sejak edisi sulungnya pada 2008 sehingga 2013.
"Grand Prix Singapura itu merupakan satu acara penting dalam kalendar sukan dan pelancongan Singapura," jelas Ketua Pegawai Komersil SIA, Lee Lik Hsin.
"Ia telah menjadi ikonik bukan sahaja untuk mempamerkan latar langit kami yang indah, tetapi juga untuk menyerlahkan kedudukan Singapura sebagai hab global utama. Pelanjutan ini menekankan komitmen Singapore Airlines, yang telah berlarutan buat sekian lamanya, untuk menyokong pembangunan sukan dan pelancongan di Singapura."
Ketua pegawai komersil F1, Cik Emily Prazer, berkata: "Singapura telah menjadi salah satu grand prix yang paling dinanti-nantikan dalam kalendar, dan melalui kerja keras dan dedikasi rakan kongsi seperti Singapore Airlines, kami boleh terus mengadakan acara sedemikian dengan begitu kukuh.
"Kami berharap agar dapat terus bekerjasama dengan mereka untuk meningkatkan lagi acara ini untuk tahun-tahun akan datang."
Grand Prix Singapura musim ini dijangka berlangsung dari 3 hingga 5 Okt.
Satu kontrak untuk menganjurkan perlumbaan Formula 1 di Singapura selama tujuh tahun lagi, telahpun dimeterai pada 2022. Ini sekali gus menandakan pembaharuan keempat bagi perjanjian tersebut, serta pelanjutan bagi tempoh yang paling lama.
Namun, disebabkan tuduhan yang dikenakan ke atas mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran, pemerintah menyatakan pada Februari 2024 bahawa ia akan menyemak semula terma-terma perjanjian perlumbaan malam itu.
Lembaga Pelancongan Singapura (STB) turut diminta untuk menjalankan satu audit bagi Grand Prix Singapura 2022.
Dalam satu sidang parlimen November lalu, Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong berkata STB telah selesai menjalankan audit, yang meliputi pengeluaran geran dan hal-hal perolehan yang berkaitan dengan F1 dari 2019 hingga 2022.
Audit tersebut menyimpulkan bahawa kawalan dalaman STB adalah memuaskan, tanpa mana-mana hasil penemuan yang ketara. Encik Gan menambah bahawa semakan kontrak F1 antara pemerintah dan GP Singapura masih dijalankan.
Iswaran dihukum penjara 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana memperolehi hadiah bernilai kira-kira S$403,300 (AS$313,200) daripada dua ahli perniagaan yang dianggapnya sebagai rakannya dan menghalang perlaksanaan undang-undang.
Salah satu ahli perniagaan tersebut ialah Ong Beng Seng, seorang hartawan hartanah rakyat Malaysia yang berusia 78 tahun, yang sering kali dianggap sebagai sosok yang membawa F1 ke Singapura.
Iswaran merupakan pengerusi Jawatankuasa Pemandu F1, dan berurusan dengan Ong serta syarikatnya.
Ong menghadapi dua tuduhan berkait Iswaran - salah satu daripadanya adalah kerana bersubahat dengan Iswaran untuk memperolehi hadiah yang dibiayai sepenuhnya berupa perjalanan ke Doha bernilai kira-kira S$20,850 pada Disember 2022.
Beliau juga didakwa dengan sengaja membantu Iswaran pada Mei 2023, apabila Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) mengetahui mengenai kes tersebut, dengan membayar S$5,700 kepada Singapore GP bagi satu tiket penerbangan kelas perniagaan dari Doha ke Singapura bagi lawatan yang sama.
Sidang praperbicaraan pertama bagi Ong diadakan tahun lalu.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.