Siaran percuma perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric bagi penyokong Thailand mulai 26 Dis
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: SPORTFIVE)
SINGAPURA: Para penyokong bola sepak Thailand akan dapat menikmati siaran percuma perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric mulai Isnin (26 Dis).
Baki perlawanan kejohanan itu akan disiarkan secara langsung melalui saluran kerajaan Thailand, T-Sports dan Saluran 9 MCOT.
Demikian diumumkan oleh agensi pemasaran sukan global SPORTFIVE dalam kenyataan medianya.
Ini dicapai hasil perjanjian dengan Lottery Online yang disokong oleh Persatuan Bola Sepak Thailand dan Penguasa Sukan Thailand, tambah agensi tersebut.
Siaran langsung itu akan dimulakan dengan perlawanan antara pasukan tuan rumah Thailand dengan Filipina di Stadium Thammasat pada Isnin.
Pengarah Urusan SPORTFIVE Malcolm Thorpe berkata: "Sebagai juara bertahan sejak 2020, prestasi Thailand dalam kejohanan tahun ini akan menjadi tumpuan para penyokong tempatan dan kami berharap para penyokong Thailand akan memberikan sokongan paling padu kepada pasukan kebangsaan mereka."
Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 bermula pada 20 Disember dengan kesemua pasukan bersaing melalui format bermain di padang sendiri dan juga di padang lawan.
Peringkat akhir kejohanan tersebut akan melibatkan dua perlawanan pada 13 dan 16 Januari tahun depan.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.