Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Siaran musim baru EPL: StarHub 'tidak dilengkapi' untuk tangani lonjakan pengguna serentak

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Starhub menyatakan pada Isnin (8 Ogos) siasatan awal menunjukkan bahawa rangkaian itu "tidak dilengkapi sedemikian rupa untuk bertindak balas terhadap lonjakan pada jumlah pengguna yang berlaku secara serentak" selepas para pelanggan mengadu tentang beberapa masalah pada siaran Liga Perdana semasa pembukaan musim baru, hujung minggu lalu.

Peminat bola sepak melepaskan kemarahan mereka di media sosial sejak Sabtu (6 Ogos), dengan menarik perhatian masalah seperti kelengahan siaran, skrin tidak bergerak serta mutu rendah video dan audio.
Dalam menjawab pertanyaan Mediacorp pada Isnin (8 Ogos), StarHub menyatakan bahawa "lonjakan pada jumlah pengguna yang berlaku secara serentak" mencetuskan "mesej ralat" pada beberapa peranti pelanggan dan "menjejas mutu siaran" untuk mereka.

StarHub bagaimanapun tidak menjelaskan tentang isu pampasan untuk pengguna yang terjejas apabila soalan itu diajukan oleh Mediacorp.

StarHub mengesahkan bahawa isu tersebut tertumpu kepada OTT, atau "over-the-top", penstriman Liga Perdana serta bahawa khidmat IPTV tidak terjejas dan kekal "teguh sepanjang siaran".

Tayangan langsung untuk masyarakat, yang dibawakan melalui IPTV, bersiaran dengan licin di Hab Tampines Kita, menurut StarHub.

Syarikat itu menambah bahawa ada beberapa aduan mengenai penstriman OTT bagi perlawanan Liga Perdana pada Ahad (7 Ogos).

StarHub menyatakan bahawa pihaknya "lega kerana kebanyakan isu yang dihadapi oleh para pelanggan" pada 6 Ogos dihuraikan bagi perlawanan-perlawanan pada Ahad.

"Namun, kami akan terus bekerja keras untuk menangani masalah teknikal yang dihadapi oleh sesetengah pelanggan dan menambah baik pengalaman menonton," jelas StarHub.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan