Skip to main content

Sukan

SIA akan siarkan perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 secara langsung dalam penerbangan tertentu

Anggaran Waktu Membaca:
SIA akan siarkan perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 secara langsung dalam penerbangan tertentu
Para penumpang meninjau-ninjau pesawat SIA pada 10 Jun 2025. (Gambar fail: AFP/William West)
SINGAPURA: Peminat bola sepak yang melancong ke luar negara dengan menaiki pesawat Singapore Airlines (SIA) semasa musim Piala Dunia FIFA 2026 tidak perlu risau akan terlepas perlawanan.

Syarikat penerbangan itu mengumumkan pada Selasa (7 Apr) bahawa penumpang boleh menonton siaran langsung perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 dalam penerbangan terpilih.

Bermula 11 Jun hingga 19 Julai, Singapore Airlines (SIA) akan menyiarkan perlawanan secara langsung melalui saluran Sport 24 menerusi KrisWorld Live TV.

Perkhidmatan ini tersedia di semua pesawat SIA jenis Boeing 787-10 dan Boeing 737-8, serta 41 pesawat Airbus A350-900 dan lapan pesawat Boeing 777-300ER.

Bagaimanapun, Singapore Airlines (SIA) mengingatkan bahawa "siaran langsung tertakluk kepada liputan satelit, aturan penyiar, dan kelulusan pihak berkuasa bagi laluan tertentu".

Dalam satu kenyataan, Naib Presiden Kanan Pengalaman Pelanggan Singapore Airlines, Yeoh Phee Teik, berkata: "Membawa keterujaan Piala Dunia FIFA 2026 ke dalam pesawat membolehkan pelanggan kami terus mengikuti salah satu acara sukan terbesar dunia pada ketinggian 30,000 kaki. Perlawanan bola sepak secara langsung ini melengkapkan pilihan hiburan KrisWorld kami, dan menunjukkan komitmen kami untuk terus menambah baik pengalaman penumpang."

Piala Dunia FIFA 2026 akan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai di Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico.

Sebelum ini, Mediacorp mengumumkan bahawa ia akan menyiarkan 28 daripada 104 perlawanan kejohanan tersebut secara percuma melalui Saluran 5 dan mewatch. Ini termasuk perlawanan pembukaan pada 11 Jun serta perlawanan peringkat akhir pada 19 Julai.
Sumber : CNA/NK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita