Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sheikh Ahmad dilantik semula ketua Olimpik Asia, meski disiasat atas tuduhan menipu

Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah dilantik semula sebagai presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) setelah bertanding tanpa dicabar dan ini berlaku meskipun beliau didakwa terlibat dalam kes penipuan yang dikemukakan oleh para penyiasat Switzerland.

Anggaran Waktu Membaca:
Sheikh Ahmad dilantik semula ketua Olimpik Asia, meski disiasat atas tuduhan menipu

Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah dilantik semula sebagai presiden Majlis Olimpik Asia. (Gambar: Issei Kato/Reuters)

Diterbitkan : 04 Mar 2019 11:14AM Dikemas Kini : 04 Mar 2019 11:20AM

BANGKOK: Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah dilantik semula sebagai presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) setelah bertanding tanpa dicabar dan ini berlaku meskipun beliau didakwa terlibat dalam kes penipuan yang dikemukakan oleh para penyiasat Switzerland.

Ketua OCA yang sudah lama berkhidmat itu adalah sekutu kuat ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) Thomas Bach. Beliau dilantik semula untuk penggal kelapan semasa perhimpunan agung OCA di Bangkok, menurut OCA dalam kenyataannya pada Isnin (4 Mac).

Anggota IOC sejak 1992, Encik Sheikh Ahmad melepaskan jawatannya dalam lOC pada November lalu, kurang dua minggu setelah Pendakwa Raya Geneva mengemukakan tuduhan penipuan kepada mahkamah jenayah terhadap warga Kuwait itu dan empat orang lain.

Encik Sheikh Ahmad menyandang jawatan sebagai ketua Olympic Solidarity - iaitu pentadbir kewangan IOC yang membiayai jutaan dolar bagi projek-projek sukan di merata dunia - dan ketua Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (ANOC).

Encik Sheikh Ahmad sudah berkali-kali menegaskan bahawa beliau tidak bersalah dan mendedahkan pada November lalu bahawa kes mahkamah Switzerland itu tidak ada kaitan dengan "sukan mahupun rasuah".

Menurut OCA, khidmat presiden Jawatankuasa Olimpik Jepun Encik Tsunekazu Takeda dikekalkan sebagai naib presiden OCA meskipun disiasat bagi kes rasuah oleh para pendakwa kewangan Perancis.

Para penyiasat Perancis sedang menyiasat bayaran bernilai berjuta-juta dolar yang dibuat oleh jawatankuasa bidaan Olimpik Jepun 2020 kepada sebuah firma perunding dan mereka juga menyiasat Encik Takeda secara rasmi pada 10 Dis, menurut sumber kehakiman Perancis kepada Reuters pada Januari lalu.

Encik Takeda, naib presiden lembaga eksekutif Tokyo 2020, turut mendakwa bahawa beliau tidak bersalah dan menafikan sebarang salah laku dalam proses bidaan. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan