Skip to main content

Sukan

Sheik Farhan, pasukan artistik wanita SG raih 2 emas Kejohanan Pencak Silat Asia 2025

Anggaran Waktu Membaca:
Sheik Farhan, pasukan artistik wanita SG raih 2 emas Kejohanan Pencak Silat Asia 2025

Pasukan artistik wanita di Kejohanan Pencak Silat Asia 2025. (Gambar: Facebook/Singapore Silat Federation)

SINGAPURA: Pesilat negara Sheik Farhan Sheik Alau'ddin serta pasukan artistik wanita, yang terdiri daripada Iffah Batrisyia, Nur Ashikin dan Amirah, berjaya meraih pingat emas di Kejohanan Pencak Silat Asia ke-9 pada tahun ini.

Selain memenangi dua pingat emas, Team Singapore turut berjaya membawa pulang enam perak dan 10 gangsa dari kejohanan yang berlangsung di Ha Tinh, Vietnam.

Pencapaian membanggakan itu dikongsikan Persekutuan Silat Singapura (PERSISI) di laman Facebooknya pada Khamis (31 Jul).

Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia David Neo turut mengiktiraf pencapaian cemerlang para pesilat negara dalam kejohanan tersebut.

"Pesilat kita mempamerkan aksi yang cemerlang di pentas serantau - diterajui oleh pemenang pingat emas Sheik Farhan yang mendominasi Kelas J Lelaki Senior dengan kemenangan KO, dan pasukan artistik wanita yang terdiri daripada Amirah, Iffah Batrisyia, dan Nur Ashikin, yang menumpaskan Malaysia di peringkat akhir dengan keputusan, 9.950–9.935.
"Saya bangga dengan keberanian, kemahiran dan semangat berpasukan yang dipamerkan oleh atlet silat #TeamSG dan dalam mengibarkan bendera Singapura!" kata Encik Neo.

Kejohanan Pencak Silat Asia ke-9 turut menyaksikan pesilat-pesilat Team Singapore menentang pasukan dari Vietnam, Thailand, Malaysia, Philippines dan Indonesia dalam pertarungan yang sengit.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita