Shayna Ng menang emas di Kejohanan Sedunia Super IBF; Cherie Tan duduki tempat ke-2
Pemain boling negara, Shayna Ng, menjuari acara perseorangan wanita di Kejohanan Sedunia Super Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) pada Jumaat (12 Nov) selepas menewaskan rakan senegara, Cherie Tan, di peringkat akhir.

Shayna Ng (kiri) and Cherie Tan bergambar selepas acara perseorangan wanita di Kejohanan Sedunia Super IBF. (Gambar: Persekutuan Boling Antarabangsa)
SINGAPURA: Pemain boling negara, Shayna Ng, menjuari acara perseorangan wanita di Kejohanan Sedunia Super Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) pada Jumaat (12 Nov) selepas menewaskan rakan senegara, Cherie Tan, di peringkat akhir.
Perlawanan akhir dua permainan di Hab Sukan, Kecegerasan dan Kesejahteraan diri di Ekspo 2022 Dubai menyaksikan Ng memenangi permainan pertama (234-215) manakala Tan memenangi permainan kedua (226-206). Perlawanan akhir kemudian diputuskan dalam pusingan kesembilan dan ke-10, yang dimenangi Ng.
Awal dari itu, Ng dan Tan menempah tempat mereka di peringkat akhir selepas menewaskan pemain Kanada Sarah Klassen (246-193) dan pemain Guatemala Sofia Rodriguez (216-203) di pusingan separuh akhir di Pusat Boling Antarabangsa Dubai.
Perlawanan separuh akhir pada Jumaat berlangsung dalam format satu permainan.
Tan, Ng, New Hui Fen dan Iliya Syamim juga memberi jaminan bahawa Singapura sekurang-kurangnya meraih satu pingat gangsa dalam acara trio wanita. Pada Khamis, mereka mara ke tempat keempat tertinggi dalam acara itu.
Mereka akan menentang Korea Selatan dalam perlawanan separuh akhir pada Ahad (14 Nov).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.