Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Shanti Pereira pertahan takhta 200 meter di Sukan SEA ke-32

Anggaran Waktu Membaca:
Shanti Pereira pertahan takhta 200 meter di Sukan SEA ke-32

(Gambar fail: Andy Chua/Commonwealth Games Singapore)

PHNOM PENH: Shanti Pereira terus mencatat prestasi baik pada Isnin (8 Mei) apabila membawa pulang pingat emas dalam peringkat akhir acara 200 meter wanita di Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-32. 

Pereira yang merupakan juara bertahan dalam acara itu, mencatat masa 22.69 saat di Stadium Nasional Morodok Techo.

Di Sukan SEA sebelumnya, beliau memenangi pingat emas dalam acara yang sama dengan masa 23.53 saat. 

Pereira kini memecah rekod negara Singapura dan rekod Sukan SEA iaitu 23.01 saat yang dicatatkan oleh Kristina Knott dari Filipina pada 2019. 

Ratu pecut Singapura itu sebelum ini memecah beberapa rekod negara pada Mac dan April. 

Bulan lalu, Pereira mencipta rekod negara, iaitu 22.89 saat, dalam peringkat saringan acara 200 meter wanita di Kejohanan Balapan dan Padang Terbuka di Brisbane - iaitu masa terpantas yang dicatatkan oleh seorang wanita dari Asia pada 2023. 

Di temasya yang sama, beliau mencatat rekod baru negara, iaitu 11.37 saat, untuk menjadi juara peringkat akhir acara 100 meter wanita. 

Masa itu adalah kedua paling terpantas yang dicatatkan oleh seorang wanita dari Asia pada 2023. Tiada wanita Singapura sebelum ini yang menjadi juara acara pecut 100 meter dan 200 meter dalam Sukan SEA yang sama. 

Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-32 di Kemboja secara langsung di tiga saluran khas meWatch.

Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/seagames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma, atau ikuti sedutan acara-acara pertandingan di Mediacorp Entertainment di YouTube.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan