Skip to main content

Sukan

Shanti Pereira pecah rekod 400 meter negara

Anggaran Waktu Membaca:
Shanti Pereira pecah rekod 400 meter negara

(Gambar: SNOC/Kong Chong Yew)

Diterbitkan : 01 Apr 2024 09:45AM Dikemas Kini : 01 Apr 2024 01:43PM
SINGAPURA: Ratu lari pecut Singapura Shanti Pereiria memecahkan rekod 400 meter negara pada Sabtu (30 Mac) di Florida Relays.

Dalam acara larian yang tidak selalu disertaninya, Pereira mencatatkan masa 53.67 saat, sekali gus memecahkan rekod Dipna Lim Prasad di Sukan SEA 2017, dengan masa 54.18 saat.

Pereira menduduki tempat kelima dalam acara 400 meter di Universiti Florida.

Atlit Kanada Kyra Constantine menduduki tempat pertama dengan masa 51.50 saat.

Atlit Singapura 27 tahun itu berada di Florida untuk menjalani latihan.

Tahun lalu merupakan tahun menakjubkan dalam kerjayanya, yang juga mencatatkan rekod kedua-dua acara 100 meter dan 200 meter.

Di Sukan Asia Hangzhou, Pereira meraih emas dalam acara 200 meter wanita, yang juga merupakan emas olahraga pertama Singapura sejak 1974.

Dia juga menamatkan penantian Singapura selama hampir 50 tahun bagi meraih pingat Balapan dan padang di Sukan Asia, selepas dia merangkul perak dalam acara 100 meter.

Pada Ogos, Pereira menjadi rakyat Singapura pertama untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia selepas persembahan cemerlang dalam acara 200 meter.

Dia mencatatkan dua kemenangan pada Kejohanan Olahraga Asia pada Julai, dan menjadi wanita Singapura pertama memenangi kedua-dua acara 100 meter dan 200 meter pada edisi Sukan SEA yang sama pada Mei.

Acara besar baginya tahun ini adalah Olimpik Paris, di mana dia sudahpun layak menyertai acara 200 meter.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita