Shanti Pereira Olahragawati Terbaik; Maximilian Maeder dinobat Atlit Remaja Lelaki Terbaik
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: SportSG/Bryan Foo, SportSG/Jeremy Lee)
SINGAPURA: Ratu pecut Shanti Pereira dan atlit 'kite foil' Maximilian Maeder adalah antara pemenang Anugerah Sukan Singapura pada Isnin (3 Jun).
Di acara yang diadakan di Orchard Hotel Singapore, pelari pecut itu dinobat Olahragawati Terbaik, manakala juara dunia berturut-turut Maeder memenangi Anugerah Atlit Remaja Lelaki Terbaik.
Meskipun ini adalah kali pertama Pereira memenangi anugerah tersebut, Maeder kini sudah memenangi gelaran itu sebanyak tiga kali berturut-turut.
Dianjurkan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) dan Sport Singapore dan disokong oleh Tote Board, Anugerah Sukan Singapura mengiktiraf individu dan pasukan yang cemerlang dalam sukan masing-masing pada 2023.
Atlit lain yang dicalonkan bagi Anugerah Atlit Remaja Lelaki Terbaik termasuk perenang Nicholas Mahabir, pemain tenis meja Izaac Quek, atlit lawan pedang Samuel Robson dan pemain boling Aiman ​​Lim.
Atlit wushu Zeanne Law memenangi Anugerah Atlit Remaja Perempuan Terbaik.
Maeder akan menjadi antara pesaing pingat Sukan Olimpik bagi kategori 'kite foil' yang akan membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik 2024 di Marseille.

Pereira kini berada di Sweden sebagai sebahagian daripada persiapannya bagi Sukan Olimpik.
Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.