Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Shanti Pereira menang pingat emas dalam acara lumba lari 200m; catat rekod baru kebangsaan

Shanti Pereira merangkul satu pingat emas untuk Singapura dalam acara akhir sukan lumba lari 200 meter wanita di Sukan SEA ke-31 pada Sabtu (14 Mei).
 

Anggaran Waktu Membaca:
Shanti Pereira menang pingat emas dalam acara lumba lari 200m; catat rekod baru kebangsaan

Shanti Pereira selepas menamatkan acara akhir lumba lari 200 meter wanita di Sukan Sea ke-31 di Vietnam pada 14 Mei 2022. (Gambar: Jeremy Lee/SportSG)

Diterbitkan : 14 May 2022 06:45PM Dikemas Kini : 14 May 2022 08:34PM

HANOI: Shanti Pereira merangkul satu pingat emas untuk Singapura dalam acara akhir sukan lumba lari 200 meter wanita di Sukan SEA ke-31 pada Sabtu (14 Mei).

Pereira mencatat masa 23.52 saat dalam perlumbaan tersebut, iaitu rekod baru kebangsaan, sekali gus menggondol pingat emas kelima buat Singapura bagi temasya Sukan itu.

Sebelum ini, Pereira mencatat masa 24.06 saat untuk menduduki tempat kedua dalam pusingan saringan.

Di perlumbaan akhir, Pereira mendahului dua pelumba dari Filipina, Kayla Ashley Richardson dan Kayla Anise Richardson.

Pereira sudah memenangi dua pingat gangsa di Sukan 2017 dan 2019 serta satu pingat emas sewaktu edisi 2015 yang diadakan di Singapura.

Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.
 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan