Skip to main content

Sukan

Shanti Pereira layak ke pusingan akhir Sukan Asia

Anggaran Waktu Membaca:
HANGZHOU: Shanti Pereira layak ke peringkat akhir acara 100 meter wanita di Sukan Asia, meskipun dia menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada Jumaat (29 Sep).

Di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, atlit Singapura itu catat masa 11.42 saat dalam perlumbaan yang dimenangi Saeed Alkhaldi dari Bahrain dengan masa 11.34 saat. Supanich Poolkerd dari Thailand menduduki tempat kedua dengan masa 11.36 saat.

Dua atlit teratas dari tiga pertandingan melayakkan diri secara automatik ke peringkat akhir, serta dua lagi atlit dengan masa terpatas seterusnya.

Meskipun Pereira terlepas dari dua tempat kelayakan automatik dalam perlumbaannya, dia layak ke peringkat seterusnya berdasarkan masa terpantas selepas enam atlit teratas.

Pereira akan bertanding dalam peringkat akhir pada Sabtu (30 Sep) pada pukul 9.40 malam waktu tempatan. Beliau sedang menyasarkan untuk merangkul pingat dalam kedua-dua acara
100 meter dan 200 meter. Rekod negara adalah 11.20 saat.

Atlit Singapura terakhir untuk merangkul pingat dalam acara olahraga adalah Chee Swee Lee (400 meter wanita) pada 1974. Pingat terakhir Singapura dalam sukan itu juga diraih pada tahun itu.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita