Shanti Pereira gondol pingat emas 100m Kejohanan Olahraga Asia, pecah rekod negara lagi
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Instagram/Singapore Athletics
SINGAPURA: Pelari pecut warga Singapura Shanti Pereira menambah satu lagi pencapaian cemerlang berturut-turut bagi tahun ini, dengan merangkul pingat emas bagi acara 100m di Kejohanan Olahraga Asia.
Masa 11.20 saat yang dicatatnya, malah merupakan rekod baharu negara. Ini sekali gus kali keenam beliau memecah rekod negara bagi tahun ini, selang beberapa minggu beliau melakukan demikian di Jerman sebelum ini.
Di acara tersebut yang berlangsung di Bangkok pada Jumaat, Pereira berjaya menumpaskan pesaingnya dari Iran, Farzaneh Fasihi, yang menduduki tempat kedua dengan masa 11.39 saat, serta pesaing dari China, Ge Manqi (11.40 saat) yang meraih tempat ketiga.
Warga Singapura berusia 26 tahun itu mencipta sejarah pada Mei lalu dengan menjadi wanita pertama di negara ini untuk memenangi kedua-dua acara 100m dan 200m pada edisi Sukan Asia Tenggara (SEA) yang sama.
Pereira akan seterusnya bersaing dalam Pusingan 1 acara 200m pada Sabtu, di mana beliau berharap untuk melayakkan diri ke pusingan akhir pada Ahad nanti.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.