Shanti Pereira gagal mara ke peringkat akhir 200m wanita Sukan Komanwel
Pelari pecut Shanti Pereira gagal mara ke peringkat akhir acara 200 meter (m) wanita di Sukan Komanwel pada Jumaat (5 Ogos).

Pelari pecut Singapura, Shanti Pereira, sampai di garisan penamat acara 200m wanita dalam peringkat separuh akhir di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England, pada 5 Ogos 2022. (Gambar: Andy Chua/Sukan Komanwel Singapura)
Beliau mencatatkan masa 23.46 saat untuk acara itu di peringkat separuh akhir, iaitu sama dengan rekod negara yang dicatatkan pada Khamis sewaktu peringkat saringan 200m.
Pereira menamatkan perlumbaan itu di tempat kelima, dengan Favour Ofili dari Nigeria memenangi acara tersebut, mencatatkan masa 22.66 saat.
Dua pelari terpantas daripada tiga peringkat separuh akhir serta dua pelari terpantas selanjutnya dari kesemua perlumbaan akan bersaing di peringkat akhir 200m meter yang diadakan pada Sabtu.
Awal tahun ini, Pereira menggondol pingat emas bagi acara 200m wanita di temasya Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-31. Beliau mencatatkan rekod baru negara dengan masa 23.52 saat.
Pada Selasa, Pereira juga mencatatkan rekod baru negara bagi acara saringan 100m di Sukan Komanwel 2022.
Anda boleh ikuti acara-acara Sukan Komanwel secara langsung di meWATCH atau sedutannya melalui saluran Mediacorp Entertainment di YouTube.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.