Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Shanti Pereira catat rekod baru negara, mara ke separuh akhir 100m Sukan Komanwel 2022

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Shanti Pereira mencipta rekod baru negara dalam peringkat saringan 100 meter di Sukan Komanwel 2022 pada Selasa (2 Ogos), sekali gus melayakkan diri bagi separuh akhir acara tersebut. 

Masa yang dicatatkan Pereira iaitu 11.48 saat berjaya mengatasi rekod peribadinya dan rekod negara, 11.58 saat, pada 2019, menurut Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura. 

Dalam acara saringan lain, atlit Singapura Kugapriya Chandran menamatkan perlumbaan dalam masa 12.34 saat, yang terbaik baginya pada musim ini, manakala Bernice Liew menyamai rekod peribadinya dengan masa 12.12 saat, Namun kedua-dua atlit itu gagal mara ke peringkat separuh akhir. 

Awal tahun ini, Pereira menang pingat perak dengan masa 11.62 saat bagi acara yang sama di Sukan Asia Tenggara ke-31. Dia juga meraih pingat emas bagi acara 200 meter wanita dan mencatat rekod baru negara dengan masa 23.52 saat. 

Bagi acara saringan 100 meter lelaki, pelari Singapura Marc Brian Louis (10.51 saat), Joshua Chua (10.67 saat) dan Ian Koe (10.91 saat) mencatat prestasi menggalakkan tetapi gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan