Shanti Pereira catat rekod baru negara; mara ke pusingan separuh akhir 200m Sukan Komanwel 2022
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Shanti Pereira mencatatkan rekod kebangsaan baru dalam peringkat saringan lari pecut 200 meter (m) di Sukan Komanwel 2022 pada Khamis (4 Ogos).
Masa yang dicatatkan Pereira iaitu 23.46 saat berjaya mengatasi rekod peribadinya dan rekod negara 23.52 saat yang dicatatkan pada Sukan SEA ke-31. Dia merangkul pingat emas dalam acara tersebut.
Dalam peringkat saringan, Pereira menduduki tempat keempat. Tempat pertama dimenangi oleh Favour Ofili dengan masa yang dicatatkan ialah 22.71 saat.
Kedudukan tiga teratas dalam setiap peringkat saringan akan secara automatik layak ke pusingan separuh akhir yang dijadual diadakan pada Jumaat (5 Ogos).
Pereira adalah salah satu daripada enam atlit dengan masa terpantas dicatatkan dan layak ke peringkat separuh akhir.
Pada Selasa (2 Ogos), Pereira turut mencatatkan rekod baru negara dalam pusingan saringan 100m di Sukan Komanwel 2022.
Anda boleh ikuti acara-acara Sukan Komanwel secara langsung di meWATCH atau sedutannya melalui saluran Mediacorp Entertainment di YouTube.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.