'SG60 SwimTogether Singapore' dilancar; galak rakyat SG sokong sukan kurang upaya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para perenang dari seluruh Singapura digalakkan ikut serta dalam satu inisiatif negara untuk berenang agar dapat bersama-sama mencapai 100,000 pusingan menjelang 31 Ogos depan.
Diberi nama "SG60 SwimTogether Singapore", kempen itu menandakan detik 100 hari menjelang Kejohanan Renang Para Sedunia yang akan dianjurkan di Singapura.
Kempen itu dilancarkan pagi Sabtu (24 Mei) oleh Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia David Neo, iaitu acara beliau yang pertama dalam jawatan baharunya.
Beliau berkata: "Selepas baharu saja mengambil alih, saya akan tumpukan masa bersama pihak berkepentingan serta rakan kongsi di sektor sukan, kumpulan seni dan belia.Supaya saya boleh mendengar pendapat mereka dan lihat bagaimana MCCY dapat benar-benar bekerjasama dengan mereka untuk memupuk Singapura yang lebih penyayang, bersatu padu dan yakin.
"Inilah perkara-perkara yang kita perlu lakukan bersama-sama sebagai sebuah masyarakat."
Kira-kira 60 orang perenang sudah pun memulakan kempen "SG60 SwimTogether Singapore", dengan menyempurnakan secara keseluruhan, 100 pusingan renang.
Antara mereka adalah atlet olimpik Mark Chay dan atlet paralimpik Theresa Goh yang meraih pingat gangsa dalam acara 100 meter kuak dada SB4 wanita semasa Sukan Paralimpik 2016 di Brazil.
Untuk meningkatkan lagi kesedaran mengenai renang para, Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura merancang untuk menjadikan kempen "SG60 SwimTogether Singapore" sebagai kempen tahunan.
Orang ramai dari pelbagai keupayaan akan digalakkan untuk berenang bersama-sama.
Atlet-atlet Team Singapore juga sedang bersiap sedia untuk Kejohanan Renang Para Dunia pada akhir September, yang akan dianjurkan oleh negara buat pertama kalinya.

Sumber : CNA/AA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.