Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

SG tundukkan Timor-Leste 3-0 selepas pecah kebuntuan pada minit ke-76

Anggaran Waktu Membaca:
SG tundukkan Timor-Leste 3-0 selepas pecah kebuntuan pada minit ke-76

Gambar: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS)/Facebook

Diterbitkan : 14 Dec 2024 09:57PM Dikemas Kini : 14 Dec 2024 09:59PM
SINGAPURA: Kebuntuan Singapura dan Timor Leste mendapatkan gol dalam perlawanan hari ini (14 Dis) terus berlarutan sehinggalah Singapura berjaya memecahkannya pada minit ke-76.

Singapura bahkan berpesta gol - satu hasil sepakan penalti Kyoga Nakamura dan dua lagi daripada Shawal Anuar.

Dengan kemenangan 3-0 di Stadium Hang Day di Hanoi, pasukan Singa belum lagi terkalahkan mana-mana pasukan dalam kempennya di kejohanan bola sepak ASEAN.

Timor-Leste lebih menyerlah pada separuh pertama perlawanan walaupun menduduki tangga ke-196, lebih corot berbanding Singapura, dalam ranking FIFA.

Mujur, pasukan Singapura yang dipimpin oleh Tsutomu Ogura berjaya meningkatkan prestasi pada separuh kedua dan akhirnya menang.

Pencapaian ini sekali gus meletakkan Singapura di kedudukan teratas dalam Kumpulan A dengan enam mata.

Malaysia telah meraih empat mata daripada dua perlawanan, manakala Thailand memperoleh tiga mata selepas satu perlawanan.

Pasukan Kemboja dalam kumpulan perlawanan yang sama.

Dua pasukan terbaik dalam setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir kejohanan, yang juga dikenali sebagai Piala ASEAN Mitsubishi Electric.

Singapura seterusnya akan berdepan dengan Thailand pada Selasa, sebelum melakukan perjalanan ke Kuala Lumpur pada Jumaat untuk menentang Malaysia.

Pasukan Singa memulakan kempen mereka pada Rabu dengan kemenangan 2-1 ke atas Kemboja di Stadium Negara.

Anda boleh mengikuti liputan Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 secara langsung dan ulangan secara percuma di mewatch. Lungsuri mewatch.sg/aseancup untuk mendapatkan butiran lanjut.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan