SG tundukkan Bangladesh 2-1 dalam kelayakan Piala Asia AFC
Pasukan Singa berjaya mengalahkan Bangladesh 2-1 di Stadium Kebangsaan Dhaka pada Selasa (10 Jun), hasil jaringan gol Song Ui-young dan Ikhsan Fandi.

Song Ui-young meraikan jaringannya yang meletakkan Singapura di hadapan dalam aksi kelayakan Piala Asia AFC menentang Bangladesh di Dhaka pada 10 Jun 2025. (Gambar: Persatuan Bola Sepak Singapura)
Kemenangan itu, biarpun pasukan Bangladesh berhasil merapatkan jurang menerusi jaringan Rakib Hossain pada separuh masa kedua, menyaksikan Singapura mengumpul empat mata selepas dua perlawanan pertama dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia.
Singapura kini mendahului kumpulannya berdasarkan jumlah jaringan gol, diikuti Hong Kong, dengan Bangladesh di tangga ketiga dan India di tangga tercorot.
Enam pasukan yang mendahului kumpulan masing-masing secara automatik dapat melayakkan diri ke Piala Asia 2027.
Singapura kini berada di tangga ke-161 dalam kedudukan dunia, manakala Bangladesh di tangga ke-183.
Pasukan Singa tidak pernah melayakkan diri ke Piala Asia berdasarkan merit.
Satu-satunya penampilan mereka adalah sebagai tuan rumah kejohanan tersebut pada 1984.
Pasukan Singa akan menentang India di padang sendiri pada Oktober.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.