SG tumpas 4-1 di tangan China dalam kelayakan Piala Dunia
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Reuters
SINGAPURA: Pasukan Singa mempamerkan aksi berani menentang China dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan C di Tianjin tetapi akhirnya tumpas 4-1 kepada pasukan tuan rumah pada Selasa (26 Mac).
Wu Lei meletakkan China di hadapan menerusi jaringan pada minit ke-21. Namun, Faris Ramli berjaya menyamakan kedudukan hanya seminit kemudian.
Pemain winger kelahiran Brazil, Fernandinho kembali meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan selepas menyempurnakan tendangan penalti pada separuh masa kedua.
Gol lewat sumbangan Wu Lei dan Wei Shihao sekali gus memastikan kemenangan bagi China.
Singapura dan China masuk padang dengan mood berbeza.
Hanya lima hari lalu di Stadium Negara, Singapura yang berada di kedudukan 156 dunia menunjukkan sekilas apa yang mungkin tercapai di bawah jurulatih baharu Tsutomu Ogura apabila mereka menunjukkan ketangkasan untuk mengatasi China, di ranking 88 dunia, apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk seri 2-2.

Kapten Zhang Linpeng bahkan, mengatakan beliau memutuskan untuk menggantung but gara-gara keputusan "memalukan" itu, sebelum menarik balik keputusan tersebut.
Singapura beraksi tanpa 3 pemainnya, di Tianjin, termasuk Safuwan Baharudin dan Lionel Tan kerana digantung dan pemain tengah Anumanthan Kumar disebabkan kecederaan.
Keputusan itu sekali gus meletakkan Singa di kedudukan tercorot Kumpulan C dengan satu mata China pula di tempat kedua dengan tujuh mata.
Korea Selatan di tempat pertama dengan 10 mata selepas mengalahkan Thailand 3-0 di Bangkok.
Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan layak ke pusingan seterusnya.
Pasukan Singa perlu menunggu sehingga 6 Jun bagi perlawanan menentang Korea Selatan di padang sendiri sebelum bertandang ke Thailand, lima hari kemudian.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.