SG tersingkir dari Piala ASEAN Mitsubishi Electric, kalah 1-3 kepada Vietnam dalam perlawanan kedua separuh akhir
Anggaran Waktu Membaca:
PHU THO: Harapan tipis Singapura untuk mara ke peringkat akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric musnah pada Ahad (29 Dis) setelah kalah 1-3 kepada Vietnam di Stadium Viet Tri di Phu Tho.
Ini bermakna pasukan Singapura tersingkir dengan agregat 1-5 setelah kalah 0-2 dalam perlawanan pertama peringkat separuh akhir di Singapura pada Khamis lalu (26 Dis).
Seperti perlawanan pertama di Stadium Negara, pasukan Singapura yang dipimpin oleh jurulatih Tsutomu Ogura terus berusaha untuk menyaingi rentak permainan Vietnam.
Singapura menjaringkan gol menerusi jaringan Faris Ramli.
Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama kerana semakan VAR menunjukkan Faris berada dalam kedudukan ofsaid menyusuli tandukan oleh Shawal Anuar.
Dalam satu insiden yang mencetuskan kontroversi, VAR memutuskan bahawa Nguyen Xuan Son telah ditarik oleh Lionel Tan di dalam petak penalti sejurus sebelum separuh masa pertama berakhir.
Tan pada mulanya dilayangkan kad merah, tetapi ditukar kepada kad kuning menyusuli semakan VAR.
Nguyen Xuan Son dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk memastikan pasukannya mendahului 1-0 pada minit ke-46.
Sedang Singapura berusaha untuk menjaringkan gol pada separuh masa kedua, Vietnam menambah satu lagi gol pada minit ke-63.
Namun pasukan Singapura berhasil menjaringkan gol sekitar 10 minit kemudian oleh Hami Syahin.
Nguyen Tien Linh kemudian menjaringkan satu lagi gol untuk Vietnam melalui sepakan penalti kedua dalam perlawanan tersebut.
Vietnam akan menentang pasukan Thailand atau Filipina di peringkat akhir.
Saksikan Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 secara langsung atau atas permintaan secara percuma dari 8 Disember 2024 hingga 5 Januari 2025 di mewatch. Lungsuri mewatch.sg/aseancup bagi butiran lanjut.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.