SG rangkul 3 pingat renang Sukan Para ASEAN
Anggaran Waktu Membaca:
KEMBOJA: Hari pertama acara renang Sukan Para ASEAN ke-12 menyaksikan sembilan atlit Team Singapura beraksi, termasuk sepasang adik beradik yang berjaya merangkul pingat emas.
Dalam peringkat akhir acara kuak dada 100-meter lelaki SB-13, Singapura diwakili oleh Colin Soon dan Wong Zhi Wei.
Soon mengekalkan kedudukan di tempat pertama dari awal hingga melepasi garisan penamat dengan mencatat masa satu minit 13.71 saat, sekali gus menang pingat emas pertama Singapura dalam temasya sukan tersebut.
Wong pula terlepas menggondol pingat perak dan berjaya meraih pingat gangsa selepas kalah kepada atlit Indonesia Marinus Yowei.
Pingat emas kedua Singapura dimenangi Sophie Soon dalam kategori kuak dada 100-meter wanita SB-13.
Soon juga kekal di kedudukan pertama dari awal hingga akhir dan mencatat masa satu minit 29.78 saat.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.