Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

SG raih lagi 3 pingat emas Sukan Para ASEAN; perenang negara Toh Wei Soong pecah rekod

Anggaran Waktu Membaca:
SG raih lagi 3 pingat emas Sukan Para ASEAN; perenang negara Toh Wei Soong pecah rekod

Gambar: Facebook/Singapore National Paralympic Council/Calvin Teoh

SINGAPURA: Atlit Team Singapore meraih lebih banyak kejayaan di Kemboja pada Rabu (7 Jun) sedang mereka menambah tiga pingat emas dalam kutipan pingat negara ini di Sukan Para ASEAN 2023.

Toh Wei Soong sekali lagi berjaya memecah rekod dalam penampilannya di kolam renang pada Rabu apabila beliau menggondol pingat emas kedua dan ketiga bagi temasya sukan tersebut menerusi acara S7 kupu-kupu 50 meter (m) dan S7 gaya bebas 50m.

Masa yang dicatat Toh dalam acara kupu-kupu tersebut iaitu 30.78 saat dan 29.22 saat dalam acara gaya bebas merupakan rekod terbaru Sukan tersebut. Ini setelah beliau memecah rekod semasa memenangi acara S7 gaya bebas 100m lelaki pada Ahad lalu.
Toh turut merangkul dua pingat perak bagi Sukan tahun ini.

Sementara itu, di padang Stadium Nasional Morodok Techo, Muhammad Diroy Noordin berjaya mempertahankan takhtanya dalam acara F40/41 melontar peluru.

Pembawa bendera Singapura di upacara perasmian Sukan Paralimpik Tokyo 2021 itu meraih pingat emasnya berturut-turut dengan lontaran sejauh 9.17 meter bagi acara tersebut.

Secara keseluruhannya, seramai 26 atlit Team Singapore bersaing dalam Sukan Para ASEAN tahun ini dalam sukan seperti boccia, badminton dan tenis meja.

Temasya sukan tersebut diadakan di Kemboja buat julung-julung kalinya. Ia secara rasmi membuka tirainya pada Ahad lalu dan akan melabuhkan tirainya pada Jumaat nanti (9 Jun).

Setakat ini, Singapura menduduki tangga keenam dengan pungutan 10 pingat emas, 14 pingat perak dan 11 pingat gangsa.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan