Skip to main content

Sukan

SG mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 selepas tumpaskan Guam

Anggaran Waktu Membaca:
SG mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 selepas tumpaskan Guam

Gambar: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS)

SINGAPURA: Singapura mengesahkan permulaan kemenangan bagi kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 selepas menumpaskan Guam 1-0 pada Selasa (17 Okt) dan mara ke pusingan seterusnya dengan agreget 3-1.

Pasukan Singa mengalahkan pesaingnya dengan gol pada minit ke-81, hasil jaringan gol Shawal Anuar. Mereka mengalahkan Guam di Stadium Negara 2-1 dalam perlawanan pertama pada 12 Oktober lalu.
Perlawanan pusingan pertama kelayakan Asia itu, menampilkan 20 pasukan dengan ranking antara 70 dengan 46 dalam Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Selepas berjaya mara ke pusingan seterusnya dalam kelayakan Asia itu, Singapura kini akan menyertai 26 pasukan terbaik dalam pusingan kedua, iaitu pada peringkat kumpulan. Pusingan-pusingan itu juga adalah dua pusingan kelayakan pertama bagi Piala Asia AFC 2027.

Pesaing Singapura dalam Kumpulan C terdiri daripada pasukan Korea Selatan, yang dipimpin bintang Tottenham Hotspur Son Heung-min, China dan Thailand. Dua pasukan terbaik bakal menempah tiket ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia.

Pasukan Singa akan meneruskan kempen mereka, dengan perlawanan menentang pasukan Korea Selatan pada 16 November di negara itu.

Buat masa ini, pasukan Singapura menduduki tangga ke-157 di dunia, sementara Guam - satu wilayah di Amerika Syarikat yang mempunyai sekitar 170,000 penduduk - menduduki tangga keenam paling corot FIFA, iaitu pada tangga ke-201.

Pasukan-pasukan Asia Tenggara lain turut beraksi pada Selasa bagi perlawanan kedua mereka. Indonesia dan Myanmar dijangka mara selepas meraih kemenangan besar dalam perlawanan pertama mereka, sementara Timor Leste dijangka berdepan dengan cabaran besar setelah tewas di tangan Taipei 0-4 minggu lalu.

Laos dan Kemboja pula masing-masing mencatatkan keputusan seri dengan Nepal dan Pakistan minggu lalu.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita