Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

SG kecundang 3-2 di tangan Chinese Taipei dalam perlawanan persahabatan

Pasukan Singa kecundang 3-2 di tangan pasukan Chinese Taipei dalam satu perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Negara pada Isnin (18 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
SG kecundang 3-2 di tangan Chinese Taipei dalam perlawanan persahabatan

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 18 Nov 2024 11:11PM Dikemas Kini : 18 Nov 2024 11:12PM
SINGAPURA: Pasukan Singa kecundang 3-2 di tangan pasukan Chinese Taipei dalam satu perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Negara pada Isnin (18 Nov).

Christopher Tiao dan Miguel Sandberg dari pasukan Chinese Taipei menjaringkan dua gol pertama, sebelum Irfan Najeeb menjaringkan gol bagi pasukan tuan rumah.

Namun, Ange Kouame dari Chinese Taipei bertindak cemerlang untuk menjaringkan gol ketiga yang sekali gus melebarkan jurang antara kedua-dua pasukan.

Shawal Anuar menjaringkan lagi satu gol untuk pasukan Singa, namun ia tidak cukup untuk menyaingi pasukan lawan.

Pasukan Chinese Taipei menduduki tangga ke-168 dalam ranking dunia FIFA, iaitu enam tangga di bawah pasukan Singa.

Singapura kali terakhir menentang Chinese Taipei dalam satu perlawanan persahabatan pada tahun lalu, di mana ia menang 3-1.

Ini merupakan perlawanan terakhir pasukan Singa sebelum beraksi dalam Piala Mitsubishi Electric yang dijadual bermula pada 11 Disember, dengan Singapura bakal menentang Kemboja.

Pada Khamis (14 Nov), Singapura mengalahkan Myanmar 3-2 dalam satu lagi perlawanan persahabatan.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan