SG kalahkan Kemboja 2-1 dalam perlawanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric
Anggaran Waktu Membaca:

Shawal Anuar meraikan gol kedua pasukan Singa menentang Kemboja dalam perlawanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric. (Gambar: CNA/Matthew Mohan)
SINGAPURA: Pasukan Singa memulakan kempen Piala ASEAN Mitsubishi Electric dengan mengalahkan Kemboja 2-1 di Stadium Negara pada Rabu (11 Dis).
Faris Ramli dan Shawal Anuar menjaringkan gol bagi pasukan tuan rumah dalam separuh masa pertama dan memastikan Singapura memperoleh tiga mata. Kemboja terikat 2-2 dalam perlawanan pertama pertandingan tersebut semasa menentang Malaysia.
Sieng Chanthea membuka tirai jaringan Kemboja pada minit ke-59.
Dengan kemenangan ke atas Kemboja, Singapura menduduki tempat kedua dalam Kumpulan A, di belakang Thailand yang menduduki tangga teratas dengan kelebihan jaringan gol.
Pasukan-pasukan lain dalam Kumpulan A ialah Malaysia, Thailand dan Timor Leste.
Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric.
Pasukan Singa hanya mengambil masa selama sembilan minit untuk Faris mengambil kesempatan daripada kesilapan penjaga gawang Kemboja, Dara Vireak untuk menjaringkan gol pertama pasukan tuan rumah.
Tujuh minit kemudian, kesilapan Vireak membuka peluang kepada Shawal untuk menjaringkan gol kedua pasukan Singa.
Kemboja hampir merapatkan jurang namun percubaan mereka berjaya disekat oleh kapten pasukan Singa, Safuwan Baharudin.
Penyerang Kemboja, Sieng Chanthea, menjaringkan gol sagu hati pada minit ke-59.
Sepuluh minit kemudian, Kemboja hampir-hampir menyamakan kedudukan apabila Soknet Hav cuba mengambil kesempatan daripada hantaran Safuwan yang lemah untuk menjaringkan gol, namun percubaan itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang pasukan tuan rumah, Izwan Mahbud.
Kali terakhir pasukan Singa menentang Kemboja adalah pada 2018 apabila ia memenangi 2-1 dalam satu perlawanan persahabatan.
Walaupun Kemboja disenaraikan 19 tangga di bawah Singapura dalam ranking FIFA, pasukan itu terus mempamerkan prestasi yang hebat sejak kebelakangan ini.

Sumber : CNA//fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.