Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

SG kalah 1-3 kepada Thailand dalam kelayakan Piala Dunia

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Selang beberapa hari setelah kalah 5-0 di tangan pasukan Korea Selatan, pasukan Singa berdepan nasib yang serupa apabila turun menentang Thailand di Stadium Negara pada Selasa malam (21 Nov).

Singapura kecundang 1-3, sekali gus meletakkannya di kedudukan tercorot kumpulan C Kelayakan Piala Dunia. Sementara itu, Korea Selatan sedang mengungguli kumpulan tersebut selepas ia berjaya mengatasi China 3-0, yang sebelum ini berjaya menumpaskan Thailand dalam pusingan pembukaan kempen tersebut.

Gol awal dari Supachok Sarachat dari Thailand meletakkan skuad Mano Polking di hadapan.

Meskipun kemasukan pemain gantian Shawal Anuar pada separuh pertama menyemarakkan semangat pemain, jaringan berganda Suphanat Mueanta memberi kemenangan kepada pasukan Thailand.

Pada minggu lalu, pasukan Singa kalah di tangan Korea Selatan di Stadium Piala Dunia Seoul, dengan gol dijaringkan oleh Cho Gue-sung, Hwang Hee-chan, Son Heung-min, Hwang Ui-jo dan Lee Kang-in.


Kali terakhir Singapura berdepan dengan Thailand adalah pada 2021 apabila skuad Singa kalah 0-2 kepada Gajah Perang dalam pusingan kumpulan Piala Suzuki AFF, yang kini dikenali sebagai Piala AFF Mitsubishi Electric.


Pasukan Singapura, beraksi tanpa pemain pertahanan Irfan Fandi (disebabkan kecederaan) dan Shah Shahiran (digantung).

Perlawanan kelayakan seterusnya bagi Pasukan Singa akan berlangsung tahun depan.

Pasukan negara akan berdepan China di padang sendiri pada 21 Mac dan di padang lawan pada 26 Mac sebelum kembali menentang Korea Selatan pada 6 Jun dan Thailand pada 11 Jun.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan